Main Menu

  • Home
  • Berita
  • Perlembagaan
  • Persidangan
  • Galeri Gambar
  • Hubungi Kami
  • Muat Turun
  • Pautan

Presiden

  • Utusan
  • Makalah
  • Resensi

Jurnal

  • Jurnal 1987
  • Jurnal 1989
  • Jurnal 1990
  • Jurnal 1993
  • Jurnal 1995

PPM-MTA

  • Borang Kursus
  • Borang Keahlian

Tentang PPM


Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM
) atau Malaysian Translators Association  (MTA) ditubuhkan dan didaftarkan pada 4 Oktober 1979 di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dewan Bahasa dan Pustaka adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipertanggungjawabkan bagi membina dan megembangkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia.

Dengan penubuhan PPM, dapatlah segala kegiatan yang berkaitan dengan penterjemahan diaktifkan dan dilaksanakan secara kolektif, terselaras dan sistematik dalam kalangan penterjemah, jurubahasa dan editor profesional di seluruh negara.

Sehingga kini, PPM mempunyai seramai lebih daripada 1,200 orang ahli. Mereka terdiri daripada penterjemah, jurubahasa, editor profesional dari pelbagai bidang, para pensyarah bidang yang berkaitan, penerbit dan penulis.

Salah satu kesimpulan yang dibuat dalam Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Kesebelas pada bulan November 2007 ialahA penterjemahan adalah semakin penting sebagai sumber mengimport dan menyebarkan maklumat dan ilmu dalam dunia tanpa sempadan, khususnya di Malaysia yang sedang membangun.  Justeru, PPM akan mempergiat usaha ke arah ini.

PPM juga akan mengusahakan penterjemahan laman web rasmi ini ke dalam bahasa Inggeris, supaya dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang berminat dari seluruh dunia.

PPM mengalu-alukan segala bentuk cadangan daripada para ahli khususnya dan orang awam amnya bagi meningkatkan dan menambahbaikkan laman ini.                     

Abdullah Hassan

Terjemahan

Biro Khidmat Terjemahan (BKT) ialah sebuah Jawatankuasa Kecil di bawah naungan Persatuan Penterjemah Malaysia, yang khususnya mengendalikan aktiviti terjemahan bagi mereka memerlukan khidmat tersebut. Terjemahan boleh dibuat daripada dan kepada pelbagai bahasa moden dunia terutama Bahasa Malaysia, Inggeris, Arab, Jepun, Perancis, Mandarin dan lain-lain.

Biro ini ditubuhkan pada bulan Jun 1985 dan telah membuat kerja terjemahan untuk institusi seperti Badan-Badan kerajaan, sektor swasta dan badan penerbitan antarabangsa yang terkenal seperti Jabatan Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan, Perjalanan dan Pengurusan PDRM, Suruhanjaya Sekuriti, Petronas, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Citibank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bursa Malaysia Berhad, Diethelm (M) Sdn Bhd, British American Tobacco, Lembaga Muzium Selangor, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara, International Committee of the Red Cross, Commerce Life Assurance Bhd, Great Eastern Assurance Bhd, Amnesty International, UNICEF, Cornell University, American Cancer Society, UNDP, UNHCR, WHO, UNIFEM dan lain-lain.

 

Read more: Terjemahan

Penterjemahan Dokumen Undang-Undang RHB Bank

7 buah dokumen undang-undang RHB Bank hendak diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dalam tempoh 1 bulan. Dokumen tersebut adalah: Charge Annexure (2 dokumen), Power of Attorney (2 dokumen), Deed of Assignment (2 dokumen) dan Facility Agreement (1 dokumen). Panjang dokumen antara 10 hingga 50 halaman, langkau sebaris. 3 orang penterjemah dan seorang penyelaras projek diperlukan. Penterjemah/Penyelaras mestilah yang telah BIASA atau BERPENGALAMAN menterjemah dokumen undang-undang, dalam tempoh waktu yang mendesak. Penterjemah/Penyelaras juga mestilah dapat menghadiri sidang perbincangan bersama-sama penterjemah lain pada hari Jumaat, 9/4/2010, 16/4/2010 dan 23/4/10, jam 1.00 - 2.30 petang di Dewan Bahasa dan Pustaka.  Penterjemah yang berminat bolehlah menelefon Dahlina di 017-378 0062 atau 03-2148 2167. Tarikh tutup tawaran ini ialah pada hari Isnin, 5/4/2010, jam 9.00 pagi.

Ucapan Naib Canselor UPSI

Prof. Datuk Dr. Mohd. Nor Hj. Salleh,
Naib Canselor, UPSI.

Assalammu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Y. Dihormati Saudara Jurucara majlis,

Y. Berhormat Tan Sri Musa Muhamad, Menteri Pendidikan Malaysia,

Y. Bhg. Dato’ Haji. A. Aziz b. Deraman, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka,

Y. Bhg. Hajah Hamidah Baba, Pengarah Institut Terjemahan Negara,

Y. Bhg. Prof. Dr. Abdullah Hassan, Presiden Persatuan Penterjemahan Malaysia,

Y. Berhormat Tan Sri, Tan Sri-Tan Sri,

Datuk-datuk, Datin-datin,

Profesor-profesor,

Dif-dif kehormat,

Para ahli Jawatankuasa, para pembentang dan para peserta Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-9,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, dan para hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Read more: Ucapan Naib Canselor UPSI

Pengesahan/Perakuan Terjemahan

Persatuan Penterjemah Malaysia selaku badan yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan, Akta Pertubuhan 1966, merupakan badan profesional yang diberi kuasa untuk mengesahkan/memperakui terjemahan dari segi ketepatan dan kualiti.

Pihak kerajaan, khususnya Kementerian Luar Negara; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Kementerian Keselamatan Dalam Negeri; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian; Kementerian Pertanian dan kedutaan serta Suruhanjaya Tinggi luar negara di Malaysia mengiktiraf PPM sebagai salah satu badan yang mengesahkan terjemahan.

Setiap pengesahan dikenakan bayaran.  Kadarnya bergantung pada jenis dokumen dan bahasa. 

PROSIDING PERSIDANGAN PENTERJEMAHAN ANTARABANGSA (PPA)

PROSIDING PPA-1, PPA-3 hingga PPA-12 anjuran bersama PPM, DBP, ITNM (muali PPA-4) dan IPTA (yang bertukar setiap persidangan) boleh didapati/dibeli untuk bahan rujukan di Pejabat PPM di 171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.

Selain Prosiding PPA, Jurnal Penterjemah iaitu jurnal rasmi Persatuan Penterjemah Malaysia juga diterbitkan dan boleh didapati/dibeli di pejabat PPM.Jurnal terkini Jilid XII Bil. 1 Julai 2010 sudah diterbitkan.

Berita Penterjemah, iaitu surat berita yang diterbitkan beberapa tahun selepas penubuhan PPM telah dihentikan penerbitannya sejak wujudnya media elektronik yang lebih canggih. Silalah ikuti berita yang berkaitan dengan PPM dan dunia penterjemahan melalui Laman Sesawang PPM : www.ppm-mta.com atau melalui  Facebook: Persatuan Penterjemah Malaysia

Page 1 of 2

  • Start
  • Prev
  • 1
  • 2
  • Next
  • End

PROFILE

Jawatan Kuasa 2009-2011

Presiden
Prof.Abdullah Hassan

 

Naib Presiden
Prof. Madya Dr Hasuria Che Omar

Setiausaha Kehormat
Pn. Saodah bt. Abdullah

Pen. Set. Kehormat
Hjh. Nor Azmah Shehidan

 

Bendahari Kehermat
Pn. Fatimah Zainal

 

Ahli Jawatankuasa

 

Dr. Dahlina Daut Mohmud

S. Nurulakla S. Abdullah

 

Puan Norwati Md. Yusof

 

Pn. Hjh. Ramlah Muhamad

 

En. Cheok Tek Huat

 

En. Ilangkumaran

Cik Aliah Abdul Karim

Dr. Norizah Ardi

Tuan Razin Ong

Setiausaha Kerja
Pn. Nor Suzana Saari

Cik Imelda

hakcipta@ppm-mta.com 2013